~zaafaran~
Saffron / Za'faran / Kuma-kuma atau nama saintifiknya, Crocus Sativus Linneaus merupakan bunga yang terwangi di dunia.
Untuk mendapatkan 1kg Saffron / Za'faran kering, sebanyak 150,000 kuntum bunga Saffron diperlukan. Maka tidak hairanlah tumbuhan yang digelar sebagai "Longgok Emas Gurun Pasir" ini dianggap sebagai bunga yang paling mahal di dunia.
Tumbuhan yang dikenali dengan nama saintifiknya, Crocus Sativus Linneaus ini memang terkenal dengan khasiat dan kegunaannya dalam bidang perubatan mahupun sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan serta di bidang kosmetik.
Kini, Saffron / Za'faran banyak ditanam di Iran, Barat Mediterranean (Sepanyol), sehingga ke India (Kashmir). Sepanyol dan Iran adalah negara pengeluar Saffron yang terbesar di dunia. Lebih daripada 80% keluaran Saffron dunia, iaitu kira-kira 300 tan setahun, datangnya dari negara-negara ini, terutamanya Iran.
Saffron / Za'faran yang kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin) boleh membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah, merawat penyakit saraf, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi dan turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.
Selain digunakan di dalam perubatan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti artritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya kalangan wanita menggunakan Saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan pengaliran darah.
Saffron / Za'faran adalah antara rempah yang unik kerana aromanya yang mengasyikkan dan kandungan warnanya yang boleh larut dalam air. Di negara-negara Asia, warna kuning yang dihasilkan dengan merendam filamen Saffron, dijadikan sebagai topeng muka untuk membuang jerawat dan ruam di muka kerabat diraja dan golongan bangsawan zaman dahulu.Saffron juga digunakan seperti bedak asas yang digunakan oleh wanita zaman sekarang. Ia bukan sahaja membuatkan kulit wanita bertambah lembut, namun ia juga membuatkan kulit mereka bertambah cerah.
Kandungan Saffron / Za'faran yang mempunyai kuasa penenang dan bahan penyembuh sakit kepala secara semulajadi menyebabkan ia telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil ‘Attar Za’faran (campuran Saffron dan Sandalwood) di negara-negara Timur Tengah. Bukan itu sahaja, Saffron juga turut digunakan sebagai bahan pewangi di dalam jenama minyak wangi antarabangsa yang lain.Maklumat lanjut boleh layari www.khazanahsyam.blogspot.com
0 ulasan:
Post a Comment