~Pakej Ziarah Jordan/Syria (Umrah)~


HARI PERTAMA..

Tiba di AMMAN, jemaah akan disambut oleh wakil kami di sana, rehat sebentar sebelum menyambung perjalalanan menuju ke hotel. Check in ke hotel dan aktiviti bebas.

HARI KEDUA..

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa oleh pegawai kami melawat Maqam Nabi Shuaib a.s, Theatre Rom, Mount Castle & Gua Al Kahfi. Antara sejarah yang menarik tentang sejarah gua Al Kahfi ini ialah kisah 7 orang pemuda tertidur lebih dari 300 tahun, sebagaimana disebutkan dalam Al qur'an Surat Al-Kahfi. Mereka bersembunyi di gua ini menghindari penindasan dari Kaisar Romawi yang kejam bernama Decius pada sekitar tahun 250 Masehi. Kemudian jemaah akan dibawa ke LAUT MATI (DEAD SEA).Laut mati merupakan kesan azab Allah terhadap Kaum Nabi Luth a.s. Merupakan kawasan terendah di dunia (400 meter di bawah paras laut."Dan (kami juga mengutus) Luth kepada (kaumnya), (ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kalian melakukan perbuatan fasyiah atau buruk itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. [Surah Al-A'raf: Ayat 80] Kemudian jemaah akan di bawa kembali ke hotel. Makan malam disediakan.

HARI KETIGA..

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa untuk menziarahi PETRA.PETRA merupakan Kota kaum Tsamud yang diutuskan kepada Nabi Salleh a.s. Diisytihar sebagai 7 benda ajaib di dunia (7 Wonders of the World) pada 7.7.2007. Ia merupakan asalnya daripada sebuah tamadun yang telah dilaknat oleh Allah swt atas perbuatan yang merosakkan dan kemaksiatan yang dilakukan kepada Allah swt … " Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tanahnya yang datar dan kamu tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan”. [Surah Al-A'Araf: Ayat 73-74]

Dalam perjalanan pulang dari PETRA jemaah akan dibawa menzairah Makam sahabat yang syahid dalam peperangan Mu’tah di Mazar al-Janubi iaitu Makam Zaid bin Harithah r.a, Ja’far attayyar r.a dan Abdullah bin Rawahah r.a.

Dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini di mana setiap perancangan Rasulullah s.a.w (walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini) adalah merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi, Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Kemudian jemaah akan di bawa pulang ke hotel untuk check out dan bersiap untuk berangkat ke SYRIA. Makan malam disediakan. Selepas makan, jemaah akan bertolak ke ibu kota Syria, Damsyik. Check in Hotel dan berehat.

HARI KEEMPAT..

Selepas sarapan pagi jemaah meneruskan ziarah ke Bab Soghir dan di sana terdapat maqam Saidina Bilal r.a, maqam 3 orang isteri Raslullah iaitu Ummu Hafsah r.a,Ummu Salamah r.a ,Ummu Habibah r.a dan maqam sahabat-sahabat yang lain seperti Muawiyah r.a, Bilal Bin Rabah r.a. Melawat Masjid Umawi dan akan di bawa menziarahi maqam Nabi Yahaya a.s, tempat permulaan kepala Saidina Husin r.a disemadikan, makam Salahuddin Al- Ayubi rah dan tentera-tenteranya, maqam Saidatina Ruqaiyah (cicit Rasulullah) r.a, makam Abi Hurairah r.a dan Abi Darda’r.a. Setelah selesai program ziarah, anggota rombongan akan dibawa membeli belah di Bazaar Souk Hamidi.

HARI KELIMA..

Kembali ke AMMAN, JORDAN. Para jemaah akan dibawa ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 ulasan:

Post a Comment