~Pakej Ziarah Syria (Umrah)~
Hari pertama..
Jemaah akan di bawa melawat Kota Busra yang menempatkan Roman Theatre terbesar di Timur Tengah, Masjid Al – Umari (masjid pertama yang di bina di Syria), Masjid Al-Mabraq Al Naaqah (tempat peristiwa Rasulullah s.a.w memberhentikan untanya dan merupakan tempat berhenti unta yang pertama membawa naskhah Al Quran pada zaman Khalifah Umar r.a. Melawat Buheira Cathedral merupakan lokasi pertemuan Rasulullah s.a.w dengan Buheira paderi nosterian Kristian yang memberitahu alamat kenabian pada diri Baginda. Kemudian bertolak ke ibu kota Syria Damsyik. Masuk hotel dan berehat.
Hari kedua..
Selepas sarapan terus bertolak ke Homs terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Damascus untuk melawat maqam Khalid Al-Walid r.a dan anaknya Saidina Umar Al-Khattab r.a.Dari Homs terus bertolak ke Hama untuk melawat kincir air yang telah di bina ribuan tahun dahulu. Selepas makan tengahari rombongan akan bertolak ke Dir Samaan menziarahi maqam Khalifah Islam yang termasyhur iaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Selepas itu terus bertolak ke Halab (Aleppo) Bandar kedua terbesar selepas Damascus.Apabila sampai di sana rombongan terus di bawa melawat Citadel Of Aleppo yang berada di tengah-tengah kota Halab. Di situ kita dapat melihat pemandangan Bandar Halab yang begitu cantik. Kemudian di bawa menziarahi maqam Nabi Allah Zakaria a.s di dalam Masjid Umawi di Halab. Kemudian anggota rombongan akan bertolak balik ke Damascus. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Tiba di Damascus terus ke hotel untuk makan malam dan beristirehat.
Hari ketiga..
Selepas sarapan pagi jemaah meneruskan ziarah ke Bab Soghir dan di sana terdapat maqam Saidina Bilal r.a, maqam 3 orang isteri Raslullah iaitu Ummu Hafsah r.a ,Ummu Salamah r.a ,Ummu Habibah r.a , dan maqam sahabat-sahabat yang lain seperti Muawiyah r.a. Melawat Masjid Umawi dan akan di bawa menziarahi maqam Nabi Yahaya a.s,tempat permulaan kepala Saidina Husin r.a disemadikan,makam Salahuddin Al- Ayubi rah dan tentera-tenteranya,maqam Saidatina Ruqaiyah (cicit Rasulullah) r.a ,makam Abi Hurairah r.a dan Abi Darda’r.a. Setelah selesai program ziarah anggota rombongan akan di bawa membeli belah di Bazaar Souk Hamidi.
Hari keempat dan seterusnya.. Para jemaah akan dibawa ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah.
0 ulasan:
Post a Comment