~Produk Hasil Daripada Laut Mati~


Inilah Rahsia kebanyakan produk yang terbaik kerana mengandungi bahan yang tinggi mineral untuk kulit seperti Debu Gunung Berapi dan Lumpur Laut Mati.
Ia umpama memberi kulit makanan yang berkhasiat dengan mineral. Produk daripada bahan ini dijadikan Masker, Scrubs dan Sabun. Keberkesanannya terbukti kerana 2 bahan ini terkenal di seluruh dunia dengan khasiat mineralnya yang tinggi,
Di Malaysia ia belum diperluaskan dan diperkenalkan, KINI, Kami ingin mencari Pemborong,Pengasas yang berminat untuk mengeluarkan produk berasaskan DEBU Gunung Berapi & Lumpur Laut Mati ini. Pembelian Bahan mentah juga dialukan sekiranya anda berminat untuk membeli bahan ini secara KG Pengilang lain

KHASIAT DEBU GUNUNG BERAPI & LUMPUR LAUT MATI

* Mengandungi Kandungan Mieral yang tinggi (Feeding Your Skin with Minerals) * Mengandungi Anti-Bakteria untuk kulit ( Ekzema, Psoriasis) * Menanggalkan Sel Kulit Mati dan menggantikan sel kulit baru * Berkesan sebagai agen Anti-Aging/Anti penuaan
* Melembabkan kulit yang kering * Mengecutkan jerawat * Anti-toksin (Mengandungi ion nagetif) *Anti selulit* Menghaluskan dan melembutkan kulit * Efektif menegangkan kulit yang berkedut, kendur * Anti Oksida .Maklumat lanjut boleh layari www.khazanahsyam.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~zaafaran~


Saffron / Za'faran / Kuma-kuma atau nama saintifiknya, Crocus Sativus Linneaus merupakan bunga yang terwangi di dunia.

Untuk mendapatkan 1kg Saffron / Za'faran kering, sebanyak 150,000 kuntum bunga Saffron diperlukan. Maka tidak hairanlah tumbuhan yang digelar sebagai "Longgok Emas Gurun Pasir" ini dianggap sebagai bunga yang paling mahal di dunia.

Tumbuhan yang dikenali dengan nama saintifiknya, Crocus Sativus Linneaus ini memang terkenal dengan khasiat dan kegunaannya dalam bidang perubatan mahupun sebagai bahan campuran semula jadi dalam pelbagai jenis makanan serta di bidang kosmetik.

Kini, Saffron / Za'faran banyak ditanam di Iran, Barat Mediterranean (Sepanyol), sehingga ke India (Kashmir). Sepanyol dan Iran adalah negara pengeluar Saffron yang terbesar di dunia. Lebih daripada 80% keluaran Saffron dunia, iaitu kira-kira 300 tan setahun, datangnya dari negara-negara ini, terutamanya Iran.

Saffron / Za'faran yang kaya dengan vitamin B1 dan B2 (Riboflavin dan Tiamin) boleh membantu menyempurnakan proses penghadaman, menguatkan daya ingatan, merawat anemia, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah, merawat penyakit saraf, mengurangkan keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi dan turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang.

Selain digunakan di dalam perubatan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti artritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya kalangan wanita menggunakan Saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan pengaliran darah.

Saffron / Za'faran adalah antara rempah yang unik kerana aromanya yang mengasyikkan dan kandungan warnanya yang boleh larut dalam air. Di negara-negara Asia, warna kuning yang dihasilkan dengan merendam filamen Saffron, dijadikan sebagai topeng muka untuk membuang jerawat dan ruam di muka kerabat diraja dan golongan bangsawan zaman dahulu.Saffron juga digunakan seperti bedak asas yang digunakan oleh wanita zaman sekarang. Ia bukan sahaja membuatkan kulit wanita bertambah lembut, namun ia juga membuatkan kulit mereka bertambah cerah.

Kandungan Saffron / Za'faran yang mempunyai kuasa penenang dan bahan penyembuh sakit kepala secara semulajadi menyebabkan ia telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil ‘Attar Za’faran (campuran Saffron dan Sandalwood) di negara-negara Timur Tengah. Bukan itu sahaja, Saffron juga turut digunakan sebagai bahan pewangi di dalam jenama minyak wangi antarabangsa yang lain.Maklumat lanjut boleh layari www.khazanahsyam.blogspot.com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


FAZ Travel & Services ditubuhkan pada 29 September 2009 di MAFRAQ JORDAN dengan matlamat menceburkan diri dalam bidang pelancongan. Ianya merupakan syarikat milik bumiputera sepenuhnya.

FAZ Travel & Services diterajui oleh mahasiswa MALAYSIA yang menuntut di Al-aLBAYT UNIVERSITY JORDAN.

Objektif utama yang cuba di ketengahkan oleh FAZ Travel & Services ialah membawa jemaah menyusuri perjalanan yang dilalui oleh para ambia', para sahabat dan para ulama masyhur dalam berjuang mentauhidkan ALLAH SWT selain penubuhannya juga adalah untuk menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai lagi bumiputera melibatkan diri dalam bidang pelancongan bagi membangunkan ekonomi negara ke tahap yang lebih membanggakan.

Tawaran perkhidmatan FAZ Travel & Services terbuka pada semua syarikat travel yang berminat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mr KHAIRUDDIN (+60195776288(KUALA LUMPUR)

Ustaz Khairul (+962-779513728(JORDAN)

Ustaz Mustaqim (+962-779342082(JORDAN)

Email:faztravel@gmail.com

( Based in Jordan - By Students of Al al-Bayt University, Jordan )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~Pakej Ziarah Syria (Umrah)~


Hari pertama..

Jemaah akan di bawa melawat Kota Busra yang menempatkan Roman Theatre terbesar di Timur Tengah, Masjid Al – Umari (masjid pertama yang di bina di Syria), Masjid Al-Mabraq Al Naaqah (tempat peristiwa Rasulullah s.a.w memberhentikan untanya dan merupakan tempat berhenti unta yang pertama membawa naskhah Al Quran pada zaman Khalifah Umar r.a. Melawat Buheira Cathedral merupakan lokasi pertemuan Rasulullah s.a.w dengan Buheira paderi nosterian Kristian yang memberitahu alamat kenabian pada diri Baginda. Kemudian bertolak ke ibu kota Syria Damsyik. Masuk hotel dan berehat.

Hari kedua..

Selepas sarapan terus bertolak ke Homs terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Damascus untuk melawat maqam Khalid Al-Walid r.a dan anaknya Saidina Umar Al-Khattab r.a.Dari Homs terus bertolak ke Hama untuk melawat kincir air yang telah di bina ribuan tahun dahulu. Selepas makan tengahari rombongan akan bertolak ke Dir Samaan menziarahi maqam Khalifah Islam yang termasyhur iaitu Khalifah Umar bin Abdul Aziz rah. Selepas itu terus bertolak ke Halab (Aleppo) Bandar kedua terbesar selepas Damascus.Apabila sampai di sana rombongan terus di bawa melawat Citadel Of Aleppo yang berada di tengah-tengah kota Halab. Di situ kita dapat melihat pemandangan Bandar Halab yang begitu cantik. Kemudian di bawa menziarahi maqam Nabi Allah Zakaria a.s di dalam Masjid Umawi di Halab. Kemudian anggota rombongan akan bertolak balik ke Damascus. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Tiba di Damascus terus ke hotel untuk makan malam dan beristirehat.

Hari ketiga..

Selepas sarapan pagi jemaah meneruskan ziarah ke Bab Soghir dan di sana terdapat maqam Saidina Bilal r.a, maqam 3 orang isteri Raslullah iaitu Ummu Hafsah r.a ,Ummu Salamah r.a ,Ummu Habibah r.a , dan maqam sahabat-sahabat yang lain seperti Muawiyah r.a. Melawat Masjid Umawi dan akan di bawa menziarahi maqam Nabi Yahaya a.s,tempat permulaan kepala Saidina Husin r.a disemadikan,makam Salahuddin Al- Ayubi rah dan tentera-tenteranya,maqam Saidatina Ruqaiyah (cicit Rasulullah) r.a ,makam Abi Hurairah r.a dan Abi Darda’r.a. Setelah selesai program ziarah anggota rombongan akan di bawa membeli belah di Bazaar Souk Hamidi.

Hari keempat dan seterusnya.. Para jemaah akan dibawa ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~Pakej Ziarah Jordan/Syria (Umrah)~


HARI PERTAMA..

Tiba di AMMAN, jemaah akan disambut oleh wakil kami di sana, rehat sebentar sebelum menyambung perjalalanan menuju ke hotel. Check in ke hotel dan aktiviti bebas.

HARI KEDUA..

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa oleh pegawai kami melawat Maqam Nabi Shuaib a.s, Theatre Rom, Mount Castle & Gua Al Kahfi. Antara sejarah yang menarik tentang sejarah gua Al Kahfi ini ialah kisah 7 orang pemuda tertidur lebih dari 300 tahun, sebagaimana disebutkan dalam Al qur'an Surat Al-Kahfi. Mereka bersembunyi di gua ini menghindari penindasan dari Kaisar Romawi yang kejam bernama Decius pada sekitar tahun 250 Masehi. Kemudian jemaah akan dibawa ke LAUT MATI (DEAD SEA).Laut mati merupakan kesan azab Allah terhadap Kaum Nabi Luth a.s. Merupakan kawasan terendah di dunia (400 meter di bawah paras laut."Dan (kami juga mengutus) Luth kepada (kaumnya), (ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kalian melakukan perbuatan fasyiah atau buruk itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. [Surah Al-A'raf: Ayat 80] Kemudian jemaah akan di bawa kembali ke hotel. Makan malam disediakan.

HARI KETIGA..

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa untuk menziarahi PETRA.PETRA merupakan Kota kaum Tsamud yang diutuskan kepada Nabi Salleh a.s. Diisytihar sebagai 7 benda ajaib di dunia (7 Wonders of the World) pada 7.7.2007. Ia merupakan asalnya daripada sebuah tamadun yang telah dilaknat oleh Allah swt atas perbuatan yang merosakkan dan kemaksiatan yang dilakukan kepada Allah swt … " Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tanahnya yang datar dan kamu tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan”. [Surah Al-A'Araf: Ayat 73-74]

Dalam perjalanan pulang dari PETRA jemaah akan dibawa menzairah Makam sahabat yang syahid dalam peperangan Mu’tah di Mazar al-Janubi iaitu Makam Zaid bin Harithah r.a, Ja’far attayyar r.a dan Abdullah bin Rawahah r.a.

Dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini di mana setiap perancangan Rasulullah s.a.w (walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini) adalah merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi, Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Kemudian jemaah akan di bawa pulang ke hotel untuk check out dan bersiap untuk berangkat ke SYRIA. Makan malam disediakan. Selepas makan, jemaah akan bertolak ke ibu kota Syria, Damsyik. Check in Hotel dan berehat.

HARI KEEMPAT..

Selepas sarapan pagi jemaah meneruskan ziarah ke Bab Soghir dan di sana terdapat maqam Saidina Bilal r.a, maqam 3 orang isteri Raslullah iaitu Ummu Hafsah r.a,Ummu Salamah r.a ,Ummu Habibah r.a dan maqam sahabat-sahabat yang lain seperti Muawiyah r.a, Bilal Bin Rabah r.a. Melawat Masjid Umawi dan akan di bawa menziarahi maqam Nabi Yahaya a.s, tempat permulaan kepala Saidina Husin r.a disemadikan, makam Salahuddin Al- Ayubi rah dan tentera-tenteranya, maqam Saidatina Ruqaiyah (cicit Rasulullah) r.a, makam Abi Hurairah r.a dan Abi Darda’r.a. Setelah selesai program ziarah, anggota rombongan akan dibawa membeli belah di Bazaar Souk Hamidi.

HARI KELIMA..

Kembali ke AMMAN, JORDAN. Para jemaah akan dibawa ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~Pakej Ziarah Jordan (Umrah)~


HARI PERTAMA..

Tiba di AMMAN, jemaah akan disambut oleh wakil kami disana, rehat sebentar sebelum menyambung perjalalanan menuju ke hotel. Check in ke hotel dan aktiviti bebas.

HARI KEDUA..

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa oleh pegawai kami melawat Maqam Nabi Shuaib, Theatre Rom, Mount Castle,Gua Al-Kahfi. Antara sejarah yang menarik tentang sejarah gua Al Kahfi ini ialah kesah 7 orang pemuda yang tertidur lebih dari 300 tahun sebagaimana disebutkan dalam Al Qur'an Surat Al-Kahfi. Mereka bersembunyi di gua ini menghindari penindasan dari Kaisar Romawi yang kejam bernama Decius pada sekitar tahun 250 Masehi. Kemudian jemaah akan dibawa ke LAUT MATI (DEAD SEA).Laut mati merupakan kesan azab Allah swt terhadap Kaum Nabi Luth a.s. Merupakan kawasan terendah di dunia (400 meter di bawah paras laut."Dan (kami juga mengutus) Luth kepada (kaumnya), (ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kalian melakukan perbuatan fasyiah atau buruk itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?”. [Surah Al A'raf:Ayat 80]. Kemudian jemaah akan di bawa kembali ke hotel. Makan malam disediakan.

HARI KETIGA..

Selepas sarapan, jemaah akan dibawa untuk menziarahi PETRA. PETRA merupakan Kota kaum Tsamud yang diutuskan kepada Nabi Salleh a.s. Diisytihar sebagai 7 benda ajaib di dunia (7 Wonders of the World) pada 7.7.2007.Ia merupakan asalnya daripada sebuah tamadun yang telah dilaknat oleh Allah swt atas perbuatan yang merosakkan dan kemaksiatan yang dilakukan kepada Allah swt ..." Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum 'Aad dan memberikan tanahnya yang datar dan kamu tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan”.[Surah Al A'Araf: Ayat 73-74] Dalam perjalanan pulang dari PETRA jemaah akan dibawa menziarahi Makam sahabat yang syahid dalam peperangan Mu’tah di Mazar al-Janubi iaitu Makam Zaid bin Harithah r.a, Ja’far attayyar r.a dan Abdullah bin Rawahah r.a. Dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini setiap perancangan Rasulullah s.a.w (walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini) adalah merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah r.a di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib r.a dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah r.a.

HARI KEEMPAT..

Para jemaah akan dibawa ke Airport untuk meneruskan penerbangan ke Jeddah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

~Merentasi Seraut Tasbih~

FAZ Travel & Services ditubuhkan pada 29 September 2009 di MAFRAQ JORDAN dengan matlamat menceburkan diri dalam bidang pelancongan. Ianya merupakan syarikat milik bumiputera sepenuhnya.

FAZ Travel & Services diterajui oleh mahasiswa MALAYSIA yang menuntut di Al-aLBAYT UNIVERSITY JORDAN.

Objektif utama yang cuba di ketengahkan oleh FAZ Travel & Servicesialah membawa jemaah menyusuri perjalanan yang dilalui oleh para ambia', para sahabat dan para ulama masyhur dalam berjuang mentauhidkan ALLAH SWT selain penubuhannya juga adalah untuk menyahut seruan kerajaan agar lebih ramai lagi bumiputera melibatkan diri dalam bidang pelancongan bagi membangunkan ekonomi negara ke tahap yang lebih membanggakan.

Tawaran perkhidmatan FAZ Travel & Services… terbuka pada semua syarikat travel yang berminat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments